Dimulakan dengan Salam,
26.6.2010, tarikh keramat Aku n JM di ijabkabulkan.. dalam erti kata lain, Aku n JM..isteri dan suami yang sah.. betul ke nie?? Frankly speaking, aku rasa mcm mimpi je.. mcm sekejap je Aku n JM berkenalan. Tapi itu la hakikat, mungkin kami dah di seru atau orang lain kata, dah sampai waktu dah.. umur dah lanjut..semakin tua, bukan semakin muda. Taklik yang kan di lafaz kan oleh JM, akan aku pegang dan simpan sebagai perjanjian antara Aku n JM. Hope Majlis Kami berjalan dengan lancar dan teratur.
Makin dekat hari bersejarah Aku n JM.. Makin terasa debaran dengupan jantung ku..duppp..dappp.. dupp..dappp..huhu.. mcm2 perasaan yang tidak diundang bercampur gaul.. happy, gembira, suka, takut, cuak, gelabah sotong, mengharap, menanti.. tapi dr firasat aku.. perasaan yang paling banyak peratus nya perasaan GEMBIRA.. dalam diam aku memohon sedikit permintaan, Moga hubungan Aku n JM berkekalan..mmg lumrah manusia setiap hubungan tu mesti ada pasang surut..aku sudah bersedia untuk menghadapi apa jua masalah dan problem (maksud lebih kurang sama je..heheh) even tho, aku ni tak la sekuat superwoman, tetap akan terguris dan mengeluarkan air mata bila masalah yang berlaku memberi tekanan dalam hidup aku.
Tapi yang aku pasti, kami kan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah.. gunalah mcm2 formula secara logik dan kebarangkalian, mungkin ia dapat menyelesaikan ..~mungkin.. ~ bererti aku mengharap la nie..hope JM seorang yang cekal dan tabah, dan mempunyai ciri-ciri seorang khalifah dalam institusi kekeluargaan kami.
Setiap yang bernyawa di muka bumi ini mesti mempunyai harapan dan impian, tak kira la harapan dan impian tu memberi result yang +ve or -ve , tapi manusia berusaha untuk mencapai impian itu walaupun dah tahu result yang akan diperolehi. Tapi itu la hakikat, tak semua itu sempurna. Manusia memerlukan seseorang untuk memberi sokongan bila seseorang itu memerlukan sesuatu yang pasti.. even sokongan yang diperlukan hanya la untuk memilih baju mana yang lebih sesuai untuk pergi Dating or ke Party. Option hanya A or B.. dan kami berharap Aku n JM saling memerlukan dan saling memberi sokongan walaupun ianya hanya la masalah yang kecil.
Hakikat dan yang benar sekali, Biarlah perasaan ini kekal sehingga ke akhir hayat ku.. biarpun jasad terpisah.. biarpun aku dihujung nyawa.. biarpun nadi ku terhenti berfungsi.. dalam hati hanya ada sayangku pada JM, kasihku pada JM, cintaku hanya untuk JM. Hanya untuk kamu..
Walaupun pada ketika dan saat ini, Aku n JM terpaksa berjauhan setelah kami di ijabkabulkan, JM sentiasa di fikiran..dihatiku..didepan mataku. hope xde big prob yang akan berlaku.. mudah-mudahan..aminnn~~
HYDA
~JM's Fiancee~
2 Luahan (Sila klik di sini untuk menambah ulasan):
congrats to both of u.
semoga bahagia & kekal ever after.
sangat excited nih! jm orang 1st dari geng kami yang kawen.
thanx..hheh yeke yg plg awal..xpe la Jm kan abg long..wakakak~~
Apa di fikiran anda...?