Memaparkan catatan dengan label kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kahwin. Papar semua catatan

Memories Daun Pisang

Salam,


Memory Daun Pisang?? sket mcm tajuk lagu genre entik kreatif atau erti kata lain~dangdut la kan.. sebenarnya aku tak ada la nak bebel-bebel kat blog ni sebab aku bukan blogger tegar..tapi apa yang aku nak post dalam entry kali ini adalah gambar-gambar solemnization 26.06.2010 dan Reception 27.06.2010..hanya itu sahaja motif.. sebab aku bosan dah ni..tak ada keje kat opis ni..bosan~bosan~bosan..

**untuk tatapan umum~~








































 



HYDA
JM's wife

cerita yang mengharu-birukan~~

Salam,





Today aku nak share dengan korang mengenai pengalaman yang sangat mengharu-birukan hidup aku di kala aku sedang bersanding~~mean berlaku pada 26.6.2010~~benda ni aku rasa aku xkan dapat lupakan, dan yang aku percaya sekali benda ni boleh jadi satu bahan untuk famili2 dan sedara2 aku gelak~~balasan kepada orang yang suka gelakkan org lain~~


Kisahnya, pada 26.06.2010 tu aku bangun pagi2 ~~ normal la bagi setiap pengantin yang nak bersanding..walaupun mlm semalam tidur lewat.~ then aku dah mula la merepek2, berharap yang persandingan aku ni sebijik la mcm princess victoria..wakakaaka~~ angan-angan je nok.. then aku mcm biasa menanti kedatangan juru mekap aku (ummi) yang mmg dah jadi juru mekap generasi famili aku..mumumu.aku nak, aku la yang paling kiut dan comel pada hari persandingan itu..

Then aku pun bersiap,step by step..dari mekap basic sampai la ke mata..then sampai mata tu, konon nak nampak mata galak mcm megan fox ~~ so pki la bulu mata palsu, seingat aku la.. time aku nak mekap ni, adik-beradik aku yang lain pun sibuk2 gak nak mekap, siap pinjam stuffs ummi, ummi pun layankan jee..sampikan pinjam stok bulu mata ummi gak..huhuhu..bila time aku nak pki bulu mata tu..xsilap aku la, yang belah kiri pki gam kuat..gam yang sllu juru mekap profesional pki..memang kuat, warna dia pun itam pekat je.. then nak masuk belah kanan, gam tu dah ilang, cari-cari tak jumpa.. frust gak la aku.. nasib baik la ummi ada gam yang lain.. tapi yang ni ummi cakap xberapa kuat mcm yang itam tu.. aku pun layankan je la.. nak buat mcm mane. benda dah hilang, takkan aku nak selongkar satu bilik...ummi pki gam gajah xboleh ker?? huhu??!!


So finally, princess victoria pun dah siap..aku melihat diri ku sendiri di sebalik cermin..wahhhh!!! sangat lawa.. tak seperti diri ku yang sebenar..totally diff la..sangat lain dan lawa~~ pembetulan yee orang lain yang cakap, bukan aku..hahaha


Terus terang, aku sangat berpuas hati dengan service ummi provide... mcm iklan celcom..~~ berbaloi-baloi..huhu..tapi ada sedikit perkara yang aku nak share.. bukan perkara yang mengembirakan or perkara yang aku nak banggakan..tapi perkara yang boleh menjadi bahan gelak mereka2 yang sllu gelakkan aku.. ~~ sampai hati korg..mumumu ( petikan dari nurul akeem a.k.a gf dd). Time aku naik pelamin tu, aku dah mula rasa lain kat mata aku tu, rasa mcm ada benda yang bermain2 di ujung bulu mata aku.. aku kelip-kelip mata...kelip-kelip mata dan kelip-kelip mata.. tiba2 bulu mata bawah.. belah kanan aku terjatuh sedikit..

OMG!!! obviously nampak..then aku dengar gak la, pengapit aku pesan~~abang hyda, ummi pesan jangan kelip-kelip mata~~ dalam nada berbisik-bisik~~..huhu???!! jangan kelip-kelip mata, perbuatan yang aku rasa xboleh kontrol..mmg totally xboleh kontrol.. so.. aku tetap juga kelip-kelip mata, kelip-kelip mata..kelip-kelip mata dan... bulu mata aku tak dapat nak tetap pada satu tempat.. pengapitn berusaha untuk betulkan balek bulu aku tu..then tercabut..betul kan blek..tercabut.. dan seterusnya.. ~~kira ada keje ko gak ek nokk jadi pengapit aku..~~hehehe sampai sedara yang sllu kutuk aku dok menjerit2 kat belakang..oiii hyda awat bulu hang tercabut??!!! kuat plak tu..wakakak..pipi aku dah mula blushing~~wlupun pada zahirnya mmg da touch up dengan blusher..mumumu.. perkara ni mmg aku dah tak boleh nak control, dah termaktup menjadi satu kenangan yang boleh jadi bahan untuk sedara-sedara aku buat lawak.. sampai bila2 aku ingat..


Myb if aku ada anak pun, aku akan cerita kan pada mereka..sambil-sambil tu aku akan bg nasihat~~ "if anak ibu nak sanding, tok sah la yee pki bulu mata, if nak pki jugak better sapu dengan GAM GAJAH!!" wakakakaaka~~




untuk tantapan umum:




HYDA
~JM's wife~

Tittle bertukar...

Salam,

Today jm dah hantar pesanan kat aku, mtk update blog kami..kenapa perlu aku yg update bukan dia? tapi jawapan yang agak mengharukan aku n yang paling best.. " I suka baca apa2 yang u update" dalam erti kata lain.. JM suka baca hasil nukilan aku.. n tambah mengbestkan hati aku.. (merosakan prosa kata bahasa)"U seorang penulis blog yang best" adakah benar?? hanya JM yang dapat jwp..ataupun aku nie hanya la wife dia.. so nak sedapkan hati aku lah tu.. supaya aku jadi bersemangat nak update pu3hatiku.blogspot.com ini. Tapi yang paling benar, aku memang nak update pun tanpa JM mengeluarkan arahan, tapi resource aku nak letak dalam blog ni tak ada kat opis. Sume dalam lappy aku..(lappy plak kat umah) myb esok kot aku try update (ulangan...myb esok aku try update) ni bermakna aku tak menjanjikan apa2. hahhaha (gelak sorg2)
Tapi sebenarnya, ada benda yang aku nak share kat blog kami ni.. mcm biasa aku akn meluahkan pendapat or pengalaman aku yang aku rasa aku nak story mori.. apa yang aku nak share ek?...sebenarnya aku rase sangat seronok apabila aku bertukar tittle cik kepada puan.. mcm biasa la title ni akan bertukar bila perseorangan tersebut diijabkabulkan ( bila kumbang di satu kan dengan si bunga).. rasa agak janggal la.. bila 1 st time org panggil aku Puan..that time, bila aku nak topup pass bulanan (DTS) dengan Syarikat Cyberview Sdn. Bhd..Bila mana, selepas aku transfer duit ke acc cyberview n mtk check pyment aku berjaya or x.. En Latiff (Sales Executive) tanye aku.. Hidayah ini cik or puan? aku terus terkedu.. tiba2 aku terfikir sendiri.. aikk.. aku nak ckp apa ye.. dengan spontan aku sebut Puan Hidayah..then En Latiff pun panggil aku dengan panggilan Puan Hidayah.. seterus..dan seterusnya..That time, automatically aku rasa sangat lain dan janggal..myb sebab 1st time kot. hehehhe.. bile aku off kan calling.. aku senyum2 kambing (sebijik mcm kambing pakcik meon..) hahhaha.. tapi ada setengah orang tak suka di panggil dengan panggilan Puan..kenapa dan mengapa?? tu hanya empunya diri yang ada jawapan..
Tapi apa yang penting?? aku suka dengan panggilan baru aku ni.. myb sebab aku dah mula merasa langkah yang seterusnya aku dah berjaya tuk dicapai.. (ertikata lain..semua orang nak kawen..hahhaha) tapi bila korg ada berada di kaki aku, mesti korang akan rasa mcm mimpi.. reason??sure la aku nak state kan reason2 dia..
1st: rasa macam umur dah semakin lanjut..
2nd: rasa macam dah berada stage yang diatas dari yang sebelum nya..
3rd: rasa macam sekejap je dah dewasa (ye la dulu2 time sekolah..konon nak pasang niat..alangkah indahnya, jikalau umur aku hanya mencapai 18 tahun dan maintain sebagai manusia yang berumur 18 tahun..tapi mcm logik ke impian aku nie) tapi tu hanya impian budak2 hingusan yang konon nak maintain kiut la ~kiut ke aku nie???~ hahhaha.
4th: ada teman sepermainan dan teman di kala susah dan senang..reason.. dulu time kapel,tk nak nyusahkan pasangan anda..walaupun anda mengalami masalah yang merupakan bebanan di bahu.. walaupun pasangan anda bermati-matian mengofferkan diri untuk turut merasa bebanan yang anda tanggung...alasan kenapa statement aku ni.. yela setiap orang mesti ada ego..tidak mahu pasangan anda menganggap anda lemah..atau pun bukan yang independent.. tapi benda ini bergantung kepada masalah yang dihadapi.. tapi bagi aku, selagi aku boleh berusaha sendiri atau mintak tolong famili aku..dan tak nak melibatkan JM aku akan try..alasan.. that time, Aku dan JM hanya la pasangan kapel(wlupun that time dah tunang) tapi ia tidak menjanjikan apa2..kira tak nak la termakan budi bila kami tak ada jodoh.. tapi kini, mungkin kini statement aku sudah bertukar, JM adalah tempat aku bergantung..dikala aku mengalami kesusahan dan kesenangan.. semua perkara yang aku alami dan hadapi aku nak JM berada di sisi.. lumrah orang yang sudah berkawen..
Di atas adalah antara pendapat aku.. tapi ia bergantung kepada setiap individu dan bergantung juga kepada sifat perseorangan itu, ada gak yang hanya mampu bergantung dengan kekasih..myb kerana dia hanya memerlukan kekasih dia di kala dia memerlukan pertolongan atau myb dia dah tak ada option lain.. atau.... myb dia dah buntu dan tak mampu untuk berfikir..lumrah natijah wanita..hanya membuat keputusan mengikut emosional dan bukan rasional
Tapi aku hope, setiap masalah dan rintangan yang berlaku dan akan berlaku, aku mampu untuk menghadapinya.. normal bagi kaum hawa pada zaman sekarang, mostly banyak yang boleh bergantung dengan life mereka sendiri..dan aku rasa tidak melampau kalau aku katakan bahawa zaman sekarang kaum adam banyak bergantung harap dengan kaum hawa..bukti?? aku banyak dapat sumber bacaan di dalam segmen surat khabar Di Celah-Celah kehidupan ..kebanyakan lelaki irresponsible dengan apa yang mereka janjikan sebelum mereka berkawen..myb wanita zaman sekarang berpendidikan tinggi dan banyak pendedahan mengenai alam rumah tangga..tapi jangan kita lupa, wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki. jadi apa2 pun hawa tetap memerlukan adam.. bunga tetap memerlukan kumbang.. kepada Wanita-wanita jadikan pengalaman sebagai tauladan.. insyahallah setiap apa yang berlaku, anda mampu menghadapinya...aminnn~~

HYDA
~JM's wife~

~26.6.2010~


Dimulakan dengan Salam,
26.6.2010, tarikh keramat Aku n JM di ijabkabulkan.. dalam erti kata lain, Aku n JM..isteri dan suami yang sah.. betul ke nie?? Frankly speaking, aku rasa mcm mimpi je.. mcm sekejap je Aku n JM berkenalan. Tapi itu la hakikat, mungkin kami dah di seru atau orang lain kata, dah sampai waktu dah.. umur dah lanjut..semakin tua, bukan semakin muda. Taklik yang kan di lafaz kan oleh JM, akan aku pegang dan simpan sebagai perjanjian antara Aku n JM. Hope Majlis Kami berjalan dengan lancar dan teratur.
Makin dekat hari bersejarah Aku n JM.. Makin terasa debaran dengupan jantung ku..duppp..dappp.. dupp..dappp..huhu.. mcm2 perasaan yang tidak diundang bercampur gaul.. happy, gembira, suka, takut, cuak, gelabah sotong, mengharap, menanti.. tapi dr firasat aku.. perasaan yang paling banyak peratus nya perasaan GEMBIRA.. dalam diam aku memohon sedikit permintaan, Moga hubungan Aku n JM berkekalan..mmg lumrah manusia setiap hubungan tu mesti ada pasang surut..aku sudah bersedia untuk menghadapi apa jua masalah dan problem (maksud lebih kurang sama je..heheh) even tho, aku ni tak la sekuat superwoman, tetap akan terguris dan mengeluarkan air mata bila masalah yang berlaku memberi tekanan dalam hidup aku.
Tapi yang aku pasti, kami kan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah.. gunalah mcm2 formula secara logik dan kebarangkalian, mungkin ia dapat menyelesaikan ..~mungkin.. ~ bererti aku mengharap la nie..hope JM seorang yang cekal dan tabah, dan mempunyai ciri-ciri seorang khalifah dalam institusi kekeluargaan kami.
Setiap yang bernyawa di muka bumi ini mesti mempunyai harapan dan impian, tak kira la harapan dan impian tu memberi result yang +ve or -ve , tapi manusia berusaha untuk mencapai impian itu walaupun dah tahu result yang akan diperolehi. Tapi itu la hakikat, tak semua itu sempurna. Manusia memerlukan seseorang untuk memberi sokongan bila seseorang itu memerlukan sesuatu yang pasti.. even sokongan yang diperlukan hanya la untuk memilih baju mana yang lebih sesuai untuk pergi Dating or ke Party. Option hanya A or B.. dan kami berharap Aku n JM saling memerlukan dan saling memberi sokongan walaupun ianya hanya la masalah yang kecil.
Hakikat dan yang benar sekali, Biarlah perasaan ini kekal sehingga ke akhir hayat ku.. biarpun jasad terpisah.. biarpun aku dihujung nyawa.. biarpun nadi ku terhenti berfungsi.. dalam hati hanya ada sayangku pada JM, kasihku pada JM, cintaku hanya untuk JM. Hanya untuk kamu..
Walaupun pada ketika dan saat ini, Aku n JM terpaksa berjauhan setelah kami di ijabkabulkan, JM sentiasa di fikiran..dihatiku..didepan mataku. hope xde big prob yang akan berlaku.. mudah-mudahan..aminnn~~
HYDA
~JM's Fiancee~