Try to be the best for him~~

Salam,



Aku ingin menjadi yang terbaik antara yang terbaik hanya tuk si dia. aku cuba apa yang aku mampu untuk mengukir senyuman dan kepuasan hati dia. ya..mmg aku manusia yang naif kerana hanya mementingkan diri aku sendiri semata-mata kepuasan hati aku. apa yang aku impikan hanya untuk kepentingan aku dan si dia. berharap si dia paham dengan apa yang ingin aku lakukan untuk masa depan kami. biar apa pun halangan dan rintangan antara aku dan die, aku akan cuba untuk menghadapinya.


"Percintaan Perlukan Pengorbanan" ~ kata-kata yang aku petik dari si dia. kini, hanya masa dan rezeki sahaja yang dapat memutuskan keputusan antara aku dan si dia.. Moga Allah akan mempermudahkan jalan cerita cinta kami..aminn~~


HYDA
~JM's fiancee~

Perjanjian antara AKU dan JM

Firstly..Salam,
Perjanjian antara Aku dan JM
, mcm gerun je aku dengar. mcm tak logik je.. tapi tu la perjanjian yang aku dan jm deal pada 10hb lepas. Aku tak tahu la aku berjaya tak ikut perjanjian ini atau aku main langgar je, yang pasti perjanjian ini aku yang buat. If aku yang langgar, adeyhh agak malu diri sendiri la. So, aku kena kuat dan jgn mengalah dengan nafsu dan perasaan aku.
Isi kandungan Perjanjian antara AKU dan JM
:
Pertama#: Dari start akhir bulan lepas sampai tarikh nikah aku, AKU dan JM dihalang atau tidak dibenarkan untuk berjumpa atau erti kata lain dilarang berdating ~Bertenet~ heheh..mampukah aku untuk mengikut perjanjian yang agak beban untuk kami. (padahal perjanjian ini aku yang buat) Ya Allah, Kuatkan la semangat aku ni Ya Allah..
Kedua#: Kami hanya boleh bertenet melalui phone je la. Disebabkan kami tak boleh berjumpa, jadi kami hanya boleh berborak-borak melalui phone sahaja.. Logik ke??!! mcm tak logik je~~ boleh ke hilang rindu yang semakin menebal je ni?? Bodohnya perjanjian ini..
BTW, niat aku nak buat perjanjian ni.. Kenapa perlu aku buat perjanjian ini??:
Pertama#: Nak "cut cost" jimatkan perbelanjaan memandangkan kami kena saving untuk perbelanjaan kerja kahwin kami.
Kedua#: Nak rasai perasaan rindu, kasih sayang dan cinta yang membuak-buak bila jumpa time nikah nanti.. ~ macam best je~ sure la aku peluk dia kuat-kuat ~big huge~ sure comey!! aku suke..
Ketiga#: Dengar pesanan orang tua, Jangan kerap berjumpa (berdating) bila dah tunang ni.. tak manis dipandang orang lain.. tu orang tua pesan la kat kami, apa yang tak manis, kami tak dapat nak tafsirkan.. tapi dari segi fahaman aku, mungkin nak elakkan benda yang tidak di ingini berlaku..Maklumlah, dah tunang ni, orang yang berumur mcm kita ni, fikir ia satu ikatan yang lain sket la dari yang kapel. Tapi dari segi fahaman orang tua, Ia tetap bukan satu perjanjian yang mana ia menyatakan bahawa pasangan tersebut boleh melakukan apa-apa benda yang boleh mendatang kesulitan kemudian hari. Kira mcm if dah tunang...~aku mmg nak kat kau la..~ so apa-apa yang berlaku aku tetap akan kahwin dengan kau.. lebih kurang mcm ni la fahaman orang muda. tapi if di fikirkan semula, Jodoh dan Pisah semua di tangan Allah. Even kita bercinta bagai nak rak..mcm dunia ini kita yang punya tidak menentukan bahawa lelaki/perempuan tersebut akan menjadi hak abadi masing-masing..macam-macam perkara yang boleh membuatkan kita tidak dapat menjadi satu hati dan jiwa (pasangan sah `dari segi Islam`).. mungkin dengan cara ajal dan maut..
Aku harap la, apa yang aku nyatakan di atas boleh di terima pakai dengan rasional oleh setiap orang yang membaca.. ntah la, semua tu hak individu. terus terang aku rase mcm this week aku nak je jumpa dan dating dengan MAMAT BOTAK~~ uuuwwaaaahhh..uwwaaahhh Kangen bangat sama loe!!!
~HYDA~
JM's fiancee

Teman

:astig:

Manusia nie di ciptakan Allah, berpasang-pasangan... Setiap seorang ade pasangan mereke sendirik.. Kadang2 kite jumpe pasangan kite awal (Mude2 lagi da jumpe).. Tapi ade jugak yang terpakse tunggu lame baru jumpe pasangan mereka...

jodoh dan pertemuan Allah yang tentukan
Tetapi... rakan, teman, sahabat, pasti kite jumpe dari kecik lagi.. Betol tak?? Sejauh mane anda sanggup berkorban untuk rakan, teman, or sahabat anda... Hari tue, aku ade gugel2 kat fesbuk membe.. then jumpe satu gamba nie... terharu aku tgk... Pengorbanan seorang kawan atas kawan yg sorang lagi....

Susah payah mereka kongsi bersama... Biar lah di ketawakan pn mereka tidak kisah... Asalkan mereka bersama... Ekceli... Post ini di tujukan khas untuk mereka... Nie lah gambar yang aku maksud kan...


Adakah anda sanggup???

Kredit t00 fa


:devilishgrin:

~ j m ~
hyda fiancee

Jerat Pengantin Baru

Salam,


Disebabkan aku akan mendirikan rumahtangga tidak sampai 2 bulan, aku makin ligat mencari input-input yang sesuai untuk aku ambil sebagai tips untuk Aku dan JM. Semua manusia sebolehnya nak yang terbaik untuk institusi perkahwinan mereka..termasuk la aku..berangan yang segalannya adalah sempurna, tapi kita hanya manusia biasa..yang tidak punyai kuasa Veto dalam membuat takdir..kita hanya mampu merancang..setiap rancangan yang kita buat..of cos totally perfect..tak ada yang tidak perfect..nak hidup dalam keadaan yang serba serbi sempurna..tapi tahukah anda(saya) setiap apa yang kita rancang dan bertawakal kepada-NYa Insyaallah akan menjadi realiti..tapi dengan satu syarat, sekiranya kita meancang, berusaha dan bertawakal.

Kita mohon dari yang Atas (Allah) moga-moga apa yang kita rancang akan menjadi realiti.. Insyallah.. Allah pencipta kita, yang sentiasa menolong hambanya, yang sentiasa memberi kesenangan kepada umatnya.. tapi kita sebagai umatnya hanya akan mengingati(melakukan suruhannya) hanya apabila kita dalam kesusahan.. Tapi benda ini yang berlaku pada tika ini.. Manusia hanya akan mengingati Allah apabila mereka (saya) memerlukan pertolongan dan meringan kesulitan yang dihadapai.. Mungkin ini saja cara kita akan mengingati Yang Maha Esa..Aku da mula bebel.. sekarang aku rajin belek-belek e-book yang bnayak bagi input untuk kau hadapi alam rumahtangga..dan aku berharap..perjalanan hidup Aku dan JM mudah dan lancar..Aminn~~ dan aku sangat tertarik dengan satu blog yang menceritakan masalah-masalah rumah tangga yang baru mendirikan Masjid. Aku rasa iput ini sesuai untuk aku berkongsi dengan sahabat-sahabat aku. yang aku rasa patut meluahkan sedikit masa (hanya 2 minit) untuk meneliti dan memahami segala intipati tersebut.. Disini aku sertakan kandungan blog tersebut ~~

JERAT PENGANTIN BARU ...rumah tangga
Kenapa suami isteri bercerai dalam masa lima tahun??

PASANGAN yang baru melangkah ke alam rumah tangga bagai menempuh keadaan yang rapuh. Banyak penyesuaian perlu dilakukan antara suami dengan isteri, terutama dari segi gaya hidup, soal kewangan dan pergaulan dengan mentua. Mereka yang tidak bijak menyesuaikan diri akhirnya menuntut cerai sebelum menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelima.  Ini merupakan kes benar yang sering dihadapkan kepada para kaunselor. Menurut Statistik Perkahwinan dan Perceraian 2007, satu pertiga perceraian dalam masyarakat Islam melibatkan pasangan yang rumah tangga mereka berusia kurang daripada lima tahun.
Encik Amran Jamil, seorang pekerja sosial kanan dalam hab persiapan dan peningkatan rumah tangga di Inspirasi PPIS (Persatuan Pemudi Islam Singapura), berkata: 'Kebanyakan pasangan mengelakkan diri daripada menangani masalah. 'Mereka berharap masalah itu akan lenyap dengan sendirinya tetapi itu bukan satu harapan yang realistik. 'Masalah-masalah kecil yang tidak dihuraikan akan bertimbun dan menjadi masalah yang besar.'
Berikut adalah tiga jerat yang mudah memerangkap pasangan baru.

JERAT #1: TERLALU SIBUK
Kebanyakan suami ataupun isteri meneruskan gaya hidup yang dinikmati ketika masih bujang. Mereka masih kerap bersembang bersama teman atau bekerja hingga larut malam, lalu meninggalkan pasangan tercongok di rumah. Lantaran itu, perbicaraan antara suami dengan isteri tertangguh pada lain hari atau dilupakan sahaja. 'Pasangan yang menunggu di rumah kecewa tidak dapat meluahkan isi hatinya. Justeru, perhubungan mereka menjadi renggang,' kata Encik Amran. Walau sibuk bagaimana sekalipun, suami isteri harus meluangkan masa untuk satu sama lain dan mengukuhkan perhubungan mereka.

JERAT #2: TIDAK CUKUP DUIT
Kebanyakan pasangan tahu cara hidup berdasarkan kemampuan masing-masing, namun mereka tetap menghadapi masalah kewangan. Cik Habibah Mohd Saleh, seorang kaunselor dalam hab persiapan dan peningkatan rumah tangga di Inspirasi AMP (Angkatan Karyawan Islam), menjelaskan:'Mereka sebenarnya tidak tahu cara membajet, maksudnya cara memastikan berapa banyak wang boleh digunakan bagi setiap keperluan.'Kebanyakannya hidup bak kais pagi, makan pagi, dan tidak mampu menabung kerana bergantung kepada satu pendapatan sahaja. Biasanya, si suami mencari nafkah sementara isteri menjalankan peranan sebagai suri rumah.Cik Habibah menyarankan: 'Timbangkan untuk membolehkan isteri keluar bekerja agar menambah pendapatan dan memantapkan ekonomi keluarga.'

JERAT #3: CAMPUR TANGAN ORANG 'KETIGA'
Golongan yang dimaksudkan ialah mentua atau rakan rapat.Apabila perselisihan faham berlaku antara suami dengan isteri, kebanyakan mentua lebih memihak kepada anak sendiri sebab naluri mendorong mereka agar melindungi si anak.Tindakan begitu lazim mewujudkan persengketaan antara menantu dengan mentua. Encik Amran menekankan: 'Ibu bapa mentua mesti ingat bahawa mereka wajar mengutamakan kedamaian rumah tangga, bukan sekadar memihak kepada anak mereka.'Selain mentua, seorang rakan juga boleh merumitkan masalah rumah tangga apabila beliau menghasut fikiran suami atau isteri secara sengaja atau tidak sengaja.Ada suami atau isteri jatuh hati dengan rakan yang menjadi tempat mereka mengadu masalah masing-masing.Jika pasangan tidak berupaya untuk sama-sama menghuraikan masalah pada tahap awal perkahwinan, mereka tidak harus segan mendapatkan bantuan profesional.Kalau dibiarkan sahaja, perkahwinan mereka tidak mungkin boleh diselamatkan dan kekal hingga ke akhir hayat.Menurut para kaunselor, ramai pasangan yang menjalani kaunseling praperceraian sudah pun mengambil keputusan untuk berpisah.

Sumber: Eri Akbar

~HYDA~
JM's Fiancee

Kisah Aku Tangkap Lentok dengan JM.


'This time, aku nak bebel dan ceritakan macam mana aku boleh tangkap lentok dengan JM, macam mana aku boleh jantuh chenta dengan dia.. dari aku mula down till aku kenal dia.. dari aku sunyi, sepi..kini aku boleh kembali tersenyum..'
Frankly speaking, aku kenal JM atas dasar kawan, dan orang yang bertangungjawab kenal kan aku dengan JM adalah Mohd Fazdi bin Muniri. time tu aku baru je ada masalah dengan chenta aku.. aku down gak la time tu. rasa cam xde mood. time tu aku baru masuk Uitm. dan kwn aku yang tahu masalah aku adalah Nawal dan Aminah (Myn). Ekyn banyak gak support aku dan Ekyn sentiasa memberi dorongan kat aku.. Walaupun pada ketika itu, aku jauh dari Ekyn..Aku bukan jenis yang suka buka pekung di dada..


So, kebanyakan mereka tak tahu sangat story aku, tak banyak aku cerita tapi aku tahu nawal dan myn tahu segalanya , dan mereka hanya dapat melihat dari jauh..lihat keadaan aku. tapi mereka hanya mendiamkan diri. Tak nak buat aku tertekan..aku rasalah dan yang penting tidak mahu aku sentiasa fikir masalah bodoh aku ni. Aku jenis orang yang suka simpan masalah aku sendiri, bagi aku hanya manusia yang terpilih sahaja yang aku rasa percaya untuk aku sharing cerita dan masalah aku. Aku bukan orang yang henndak menagih simpati. Jadi cara yang terbaik aku boleh hadapi..dengan menghadapi masalah ini sorang-sorang. Aku menangis sorang-sorang.. time tu..aku kira macam dunia nak terbalik.. rasa mcm aku bodoh. langsung tak ada maruah kerana sebab chenta dan si Bodo tu aku leyh kecundang..
So far, aku bersyukur even tho aku down that time..tapi aku masih carry on study aku..dan alhamdullilah aku gred gak even result tak ada la best dan gempak mane pun. aku mula pasang nawaitu..niat untuk lupa kan masalah aku..niat untuk aku teruskan hidup aku tanpa si BODO tu!! bukan takat BODO tapi BANGANG..aku cuba cari kenalan..tak kira la kat mana-mana aku jumpa..yang boleh bantu aku lupakan masalah aku nie, dan jalan yang aku pilih..aku try pakai akaun yahoo mesengger (YM) kembar aku (Ekyn)..bile aku on9, tiba-tiba  ada sorg mamat nie, tegur aku, dan aku terus terang bgthu yang aku ni bukan Ekyn.. aku ni akak kembar dia.. tidak lama lepas tu aku berkawan baik dengan mamat nie.. dia dapat selesaikan masalah aku.. ~thanks to him~ borak punye borak..aku jadi close dengan die.. aku jadi lupa segalanya..tapi dia pun de gak masalah dengan GF die that time. So we all sharing everthing la.. tapi bukan niat aku pun nak mtk simpati dia.. lama-lama aku mcm dah boleh lupakan masalah aku nie.

And one day, mamat nie pergi hiking kat gunung ledang dengan member "U" dia, dia tunjuk kan aku pic member-member dia.. dan tiba-tiba aku cam tertarik la kat muka mamat sorang ni (cam de attraction je) aura dia kuat tu.. dalam last-last tu aku sempat gak flirting..hahah.. pesan kat mamat tu yang aku ni ~single n avaiable~ so... aku nak sgt berkenalan dengan mamat botak tu..hahahahah~~ ntah la, time tu aku susah nak describe, kenapa aku pilih dia..dia..n dia... Kenapa?? hanya hati aku je yang boleh jawap.. dan we all pun start berkawan. msg-msg, email-email, calling-calling (kira perkara normal la orang ngah dlm proses berkenalan) tapi ayat yang paling best mamat botak ni bgthu aku ~ I TAK BERANI NAK AMIK RISIKO, KITA START DARI BERKAWAN DULU~ hahah..so aku accept la pe yang dia nak tu.. we all kawan dan bukan kapel, nak kata mesra tu..lebih kurang..tapi bukan special friend. Even tho, aku ngaku, aku nak lebih dari seorg kawan.. sebab dengan dia..aku rasa lain, lain yang susah tuk aku describe.. kalau ikut pesan mak n ayah aku.. jangan cepat percaya dengan lelaki.. (BINGO!!) memang benar pun apa yang org tua kita pesan kat kita.. cuma kita yang tidak pernah nak ikut. tapi dengan mamat botak ni, aku lebih mudah tersenyum, mudah ketawa dan aku senang dengan cara dia.. dia pandai amik hati aku..pandai beri jawapan yang aku rasa soalan aku  terjawap..

Personally, aku rasa bersyukur dengan perkenalan aku dengan JM. aku rasa bertuah sgt2 cos ada juga manusia yang menyayangi aku. Pada mula nya, JM mula menjauhkan diri dari aku..sebab?? aku pernah juga tanya dia, dan jawapan dia.. sebab aku bagi dia tekanan dalam hidup dia, mmg aku terasa dan terkilan dengan ckap terus terang dia tu, dan dia bagthu aku, myb aku dan dia bukan pasangan yang sesuai la.. konon la. tapi aku terima dengan redha, cos aku rasa ~~CINTA BUKAN BOLEH DIPAKSA~~ aku pegang prinsip itu sampai ke hari ini. Dan aku punya maruah dan ego yang aku rasa aku patut jaga, sebagai wanita n perempuan. So, aku decided untuk terima la segala apa yang mamat botak ni cakap. After than, lebih kurang 3 bulan we all hanya sebagai kawan biasa. tak mcm dulu. email, msg n call bukan lagi rutin harian kami. Kekadang je if kami teringat, kami akan msg, email n call. Buat macam kawan biasa, macam tak kenal each other.
Then, Suddenly, aku terima satu msg dari si mamat botak ni. aku open..ayat dia lebih kurang .. dia macam rindu kat aku. aku terpana sekejap.. aku tersenyum..tapi dalam hati aku tertanya-tanya "pe kena dengan mamat botak ni, ke nak mainkan perasaan aku dan bg aku harapan palsu" tapi apa yang aku fikir totally tidak benar.. dan dari detik itu la, kami mula menjadi rapat kembali. dan kini.... kami akan mendirikan rumahtangga..hanya aku dan JM dalam dunia aku..dan kredit untuk Mohd Fazdi Muniri..thanx babe..
~HYDA~

JM's Fiancee

Our Wish List for honeymoon

Salam,

Aku dan JM dalam perancangan untuk honeymoon sempena wedding kami, dan yang paling best sekali tempat yang we all decided ialah Krabi Island, Thailand. ermm..tempatnya sangat menarik dan sangat cantik. Harap apa yang Aku dan JM rancang akan tercapai.. itu lah impian kami untuk honeymoon kali ini. Maybe, masa akan datang pun ada gak.. tapi tu hanya perancangan je kan.. ikut gak dari segi ekonomi dan bajet kami. Apa yang kami rancang, mybe dalam 1 Oct 2010 kami akan bergerak ke Krabi Island, JM cari input-input mengenai segalanya (tambang, accomodation, aktiviti-aktiviti, etc) dan fact yang paling menarik ialah dari Malaysia ke Thailand hanya mengambil masa tak sampai 30 minit. Kemungkinan tidak sampai pun 20 minit.

Aktiviti-aktiviti di Krabi Island yang akan kami lakukan sedang diatur oleh JM..aku? hanya datang bawa badan je la. Aku serah kan semuanya kepada JM..dia organiser untuk event kami ini. Apa yang aku nampak dan dengar, JM dah aturkan macam-macam aktiviti dan yang paling best sekali.. naik speed boat jelajah seluruh pantai yang berdekatan (sangat menarik). Aku n Jm suke pantai!!! Even tho, aku tak boleh mandi pantai. if aku mandi sure muka naik merah-merah dan pedih. Mau aku meraung. heheh.. tapi untuk honeymoon kami ini, aku akan cuba bersama-sama dengan JM untuk melakukan segala aktiviti-aktiviti tersebut ( aku nak amek hati JM dan yang pasti JM yang organise aktiviti tu, tak kan la aku tak mahu follow..kejam nya..). Frankly speaking, aku tak sabar nak pergi honeymoon ni.. sampai termimpi-mimpi. Tiket aku dah book, dah siap bayar habis dah.. now, hanya booking hotel dan aktiviti-aktiviti yang kami nak take part. So far, aku nampak JM betul-betul hendak kami enjoy dengan honeymoon ni. Doa moga-moga honeymoon kami terlaksana dengan lancar dan jayanya..aminn~~ sayang sangat kamu..

~HYDA~
JM's Fiancee.