kini hidup kami sebagai suami isteri

salam,

Alhamduilah impian kami utk tahun 2010 berjaya dicapai walaupun memakan masa hampir 1 tahun sejak kami saling berkawan-berkapel-berkawen. Semua itu adalah suratan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. So, dugaan hidup berjauhan suami isteri hanya selama tak sampai setengah tahun. Alhamdulilah..

Tapi..apa yang aku nak share dengan kalian adalah perasaan kami, fikiran kami dan persiapan kami.

1stly, perasaan kami..rasa sangat gembira..of cos sbb semua impian suami isteri untuk tinggal sebumbung telah kami capai dan terlaksana. Impian aku untuk masak makan tenghari dan malam untuk si suami.. hahahha. Sebelum duduk sebumbung, aku hanya mampu bertanya kpd jm.." sayang dah lunch/dinner?" .. " sayang da makan ke belum" tapi selepas duduk sebumbung..." ermm sayang, malam kang nak makan pe ek?" ..."sayang, malam karang nak masak pe ek?" kini...aku kena fikir apa makanan dan masakan yang sesuai utk si suami.. secara tiba-tiba pertanyaan ini datang dengan sendirinya..cuma..hanya pendapat si suami la yang aku tunggu..sedap ke tak sedap masakan aku...normal untuk si isteri utk mendengar komen dari si jantung hati.. tapi bila si suami mencadangkan sesuatu.."ermmm sedap..tapi kena kurangkan sket rasa masam.." mula la si isteri mencebik tanda protes..hahaha. sebab wanita!! nak dengar yang best2 je dari mulut si dia..walaupun ianya ternyata tipu-bohong tapi sekadar utk sedapkan hati saje..

2ndly, perasaan bila si suami ada di sisi..saling bantu membantu..kemas rumah sama-sama. basuh pinggan sama-sama.. dalam erti kata lain, kerja rumah sama-sama selesaikan. bukan semata-mata tugas si isteri... haaa, yang ni aku rasa terlalu dihargai bila jm bantu aku settlekan hal rumah..tak ada banyak cite dan tak ada byk arahan..jm tahu pe yang patut dia buat..kredit to jm..hehhehe

3rdly, dapat balik kampung sama-sama, blik banting dan kluang sama-sama..dan bila aku ada masalah dan kesdihan jm de di sisi aku..tu yang paling aku gembira..kalau dulu, kami hanya dapat mengadu kesedihan dan kedukaan melalui telefon or sms..tapi kini..de sket je masalah..aku luahkan kat jm..hilang sket beban yang aku tanggung. seriously, luah face-to-face or melalui telefon sangat berbeza.. dan kesan pun sangat berbeza..kepuasaan perasaan dan hidup lebih puas bila dapat luah face-to-face sbb jm dapat tengok mimik muka aku..muka mcm kerang busuk..muka marah..muka geram..muka gembira..muka happy..muka seposen..hahhaha.. dari riak muka pun jm da dapat tahu emo aku sedey-happy-terkilan-marah..

lastly, aku happy dengan apa yang aku kecapi sekarang..cuma hanya menunggu untuk memiliki rumah sendiri dan anak-anak..hahahha..ooohhhh sangat tinggi impian kami..doakan moga kami dapat beli rumah impian dan anak kami..sekarang kami hanya ada tangga je..rumah je belum ada..hahahha...

hyda
~JM's wife~

3 Luahan (Sila klik di sini untuk menambah ulasan):

✿ H y D a . J M ✿ berkata...

i loike....

noulha berkata...

sweet!

Fairuz berkata...

Balik kampung kat Kluang nanti, ajak le JM singgah Air Panas Gadek. Hehe

Apa di fikiran anda...?