Salam,
*walaupun entry kali ini, aku patut post pada awal bulan januari..
12.Januari.2011 hari itu adalah tarikh bagi kelahiran mama yang tersayang. Mama yang bagi aku seorang yang tabah, berhati mulia, penyabar~ sebab mempunyai 7 orang anak termasukla aku..anak-anak yang tidak mendengar kata, yang kuat melawan..tetapi mama tetap melayan karenah kami anak-beranak tanpa mengeluh dan mengenal erti penat.
DAHULU...
~ketika itu, aku masih bersekolah dalam erti kata lain seorang remaja~
Mama seorang yang sangat garang dan tegas.. setiap apa yang dikatakan akan menjadi noktah titik. tiada kompromi.. sampai kami adik-beradik lebih takut mama dari takutkan ayah..tapi disebabkan perasaan takut itu la, kami anak-beranak menjadi insan yang berguna..~terima kasih mama..~ kami sangat menghargai setiap pengorbanan mu.. Jika kami nakal, rotan atau roti john la hadiah nya.. kami da lali dengan rotan buluh yang berharga rm0.30. tapi sakitnya...terlalu menyusuk jantung ku..peritnya..hanya kami yang rasa..tapi disebabkan rotan royi john itu la, kami menjadi insan yang berdedikasi ~dedikasi ke aku ni??~ antara undang-undang Mama:
a) kami adik-beradik dilarang untuk menjiwai watak Romeo or Juliet, Rumi dan Juli serta Uda dan Dara..kami diharamkan untuk memberi separuh atau sepenuh jiwa kami terhadap cinta..sbb..motif? Cinta Monyet hanya akan memberi kesan negatif terhadap diri sendiri..yang penting..kami adalah hanya seorang remaja yang harus fokus terhadap study..CINTA diharamkan dikalangan kami adik-beradik pada ketika itu.. walaupun diharamkan..kami tetap bercinta secara bersembunyi..hahhaha..budak-budak..degil.. tapi naluri seorang mama, habislah kami...mama tahu!!
b) Kami dilarang untuk keluar ke bandar ataupun pekan kecil, lepas habis waktu sekolah. kami terus balik ke rumah melainkan kalau kami ada aktiviti sukan. kami adalah anak yang mendengar kata!! lalu kami ikut undang-undang mama.. habis waktu sekolah..kami beransur pulang dan kaki cepat melangkah ke arah rumah~bak kata org: Rumahku, Surgaku~ tetapi kadang kala, kami melawan arahan mama, kami ke bandar secara senyap-senyap..tanpa pengetahuan mama!! naluri seorang ibu atau dalam ertikata, Allah memberi petunjuk..kantoi la plak!! roti john hinggap di badan...Zazzzz..Zaassszz.. hanya kami yang rasa..padan muka..balasan orang yang tidak mendengar kata..
c) Kami diajar untuk menjadi anak yang rajin mengemas rumah dan pandai memasak.. setiap ibu akan mendidik anak-anaknya untuk melakukan kerja rumah.. jadi kami mempunyai pengalaman mengemas rumah dan masak pada ketika itu kami baru mencapai usia kanak-kanak. Dulu, kami adik-beradik ada duty rooster.. Abg ewin tugas memasak, Abg wawa tugas menyapu sampah, Aku tugas basuh pinggan, Ekyn tugas menyidai baju dan Abg arin atau Arep tugas membuang sampah.. kalau kami bosan dengan tugas masing..kami boleh tukar-tukar kerja.. kesan masa hadapan (waktu kami da besar) kami sudah pandai menjalankan tugas sebagai seorang anak dan isteri. Fuhhh berbaloi-baloi juga..walaupun pada ketika itu, kami bukan ikhlas untuk melakukan tugasan harian itu..heheheh
KINI
~Waktu itu, kami adik-beradik sudah meningkat remaja dan dewasa~
a) Kami bersyukur dengan undang-undang mama, kami menjadi insan yang berguna, kami tidak lalai dengan CINTA MONYET..~walaupun waktu itu, kami adik beradik ada bercinta..tapi hanya cinta sementara bukan untuk selama-lamanya~ Kami bukan manusia yang pandai bermain dengan cinta..kami hanya manusia yang tahu apa itu cinta walaupun bukan pada zahirnya kami tahu sepenuhnya makna cinta. Kami bukan bodoh hanya layu disebabkan cinta. Kami tahu nak jaga diri kami..Alhamdulilah..berkat larangan mama..kami tidak menyimpang ke arah yang gelap, tiada jalan pulang. Undang mama, kami dilarang untuk bercinta di zaman sekolah telah memberi kesan yang baik pada kami adik-beradik. kini kami sudah bergelar seorang isteri yang hanya menyintai sang suami sepenuh hati..cinta untuk selama-lamaya..Alhamdulilah...
b) Dengan undang-undang mama melarang kami keluar bandar dan pekan, memberi kesan dalam kehidupan aku. Aku kurang berminat untuk keluar berjalan-jalan atau shoping..maksud aku, aku bukan manusia yang setiap weken kena keluar berjalan-jalan. aku hanya keluar berjalan-jalan sekiranya aku dah bosan gile..otak dah bernak dah tak ada benda nak dibuat.. dan yang penting, kami tak suka keluar berjalan-jalan di Pekan Banting..hahahhaha..mmg la kan..Pekan Banting tak ada apa-apa pun..bosan..pekan mati..tapi sekarang Pekan Banting dah makin maju..Alhamdulilah...
c) Dengan ajaran dan arahan nota bertindih mama, Alhamdulilah, aku boleh melakukan tugas-tugas sebagai isteri. Nak kata aku pro masak tu, tak ada la. tapi sekadar nak isi perut aku dan jm ~yang makin lama, makin maju kedepan..~ Alhamdulilah, selama kami hidup bersama, kami selalu makan di rumah..jimat-selamat-sedap..~sedap ke?~ hahahah
mengemas? itu sudah tentu..naluri perempuan dan wanita, bersih dan kemas itu best!! hahahha..
Disini aku ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada mama. moga mama dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia untuk menikmat keindahan ciptaan Allah, dan hidup gembira bersama-sama keluarga yang disayangi..aminn~~
* untuk tatapan umum
~celebrate besday mama di Flaming Steamboat, Sunway~
~JM's wife~
Hyda
2 Luahan (Sila klik di sini untuk menambah ulasan):
happy bday mama! *tibe2 angkat mama plak hehe*
best tgk family kamu. meriah n hepi saje :D
hehehe..happy2 dan sengal2 semuanya..hahhaha
Apa di fikiran anda...?