Bicara Selepas Berkahwin

fathinieHahahahaha... Seperti yang korang tau, aku baru je berumah tangga... Entry nie kirenye macam nak share laa ape yang berubah selepas sudah berkahwin.. Sesape yang belum kawin bley laa usha2 ehh entry nie... Tapi sebelum tue, nak cerite cket pasal latar belakang bab2 kawen bagi aku... (Yeah2 kahwin)....

Dulu aku nie jenis yang xsuke sgt nak berkapel2 nie.. Mase blaja dlu pown xde laa kapel2 nie, (cume mase awal2 masuk U jek) Soo, lagi jao laa pk nak kawen2... hehehe... Dlu mase mmbe2 laen dok kemaruk berchenta, aku ngan diri aku sendirik jek dok melayan komik (semesti nyer One Piece), game, anime movies series... dan macam2 lagi lah yang aku bley laya... Slalu lepak bilik DD dok maen die nyer kompiter.... Pantang die tido jek.. aku laa muke depan pc die.. (Time kaseh dd)

So seperti di atas, aktiviti yang aku buat mase bujang:-
  • Komik  Update tiap2 minggu. One piece tak tau da bape kali ulang bace...
  • Game  FM @ CM feveret
  • Anime Ermm... One piece, Naruto, Bleach, Full Matel, dan byk lagi...
  • Movie Ape2 movie pown layan...
  • Series English, Korean, Jepon.. Ape2 laaa...
Pastue nak cerite plak lepas kawen...


Ekceli aku kawen lepas aku dapat keje... So, pagi2 bagun tgk hpone... Mandi siap2 gerak g keje.. Smpai, tgk hpone, sejam buat keje tgk hpone, rehat tgk hpone, kol 4 (waktu syg aku balik keje) gayut kt hpone. Nanti balik keje smpi umah, tgk hpone, mandi-makan-siap tgk hpone, pastu gayut ngan hpone, sampai kol 11.. Then masuk tdo....

So selepas kahwin (nie utk org PJJ [Perkahwinan Jarak Jauh] sahaja) aktivit yang aku lakukan seperti berikut....
  • Hpone
Conclusion
Bace entry entry nie macam xbest pulakkan kawen.... Tapi....

Walaup pun semue aktiviti bujang da tak buat... Perasaan happy dah kawen tue lagi best dari bace komik, tgk anime, layan movie, layan series... Klu nak tau rase die camne... Cepat2 laa kawen... hehehee....

~ J M ~
Hyda Husband....

Kelebihan or kekurangan??

Salam,
Entry kali ni aku nak story or share dengan korg, tapi ia tidak melibatkan sesiapa pun dalam hidup aku. Ia hanya la buat tantapan anda semata-mata. Terus ke objektif, sebenarnya kita bukan la sempurna mana pun, setiap orang ada yang kurang dan lebih. tidak 100% sempurna, even orang tu sekaya mana pun, sepandai mana pun tapi tetap ada kekurangan. Memang dah jadi lumrah hidup manusia. Mesti ada kelemahan dan kekurangan.. 

Soalan?? macam mana kita nak tahu kelemahan kita?? cara yang terbaik dan secara jujur, anda tanya la sesiapa yang benci, mengutuk dan yang paling tepat...musuh anda.. sebab?? selalunya musuh anda akan mengetahui point-point yang lebih tepat kenapa anda tidak disukai. Frankly speaking, if anda rasa anda tidak mempunyai musuh.. bukan bermakna anda adalah orang yang baik atau disenangi oleh sesiapa yang berada di sekeliling anda, tapi percaya la dalam banyak-banyak kawan, sahabat dan member yang rapat dengan anda mesti ada yang terasa dan terkilan dengan apa-apa percakapan mahupun perbuatan yang tanpa anda perasan telah melukakan hati mereka. walaupun dalam keadaan tanpa disedari.  

Musuh?? Musuh boleh juga dikategorikan sebagai kelemahan anda. maksud aku, if korang ada musuh bermakna korg ada kelemahan ataupun kekurangan. tapi kadang-kadang musuh tu boleh jadi sebagai semangat ataupun kekuatan anda.. reason?? aku hanya nak terus terang je, if korang tanya kat musuh korang.. kenapa kau benci aku wahai si musuh.. sure si musuh akan bg point-point kenapa si musuh membenci korg yang amat sangat. Tapi percaya la, musuh akan memberitahu anda sebab-sebabnya secara jujur.. tapi anda tidak perlu merasa marah atau membetah point-point yang telah di state kan oleh si musuh, malah anda patut bersyukur kerana ada juga yang berterus terang dengan anda mengenai kekurangan anda..tapi anda patut berusaha dan bersemangat untuk melakukan propaganda, perubahan, transform dan evolusi~~ bukan senang babe, orang nak berterus terang kelemahan dan kekurangan kita~~ 

Sahabat?? lebih dikenali sebagai orang yang sentiasa memahami hati dan perasaan anda, yang sentiasa menyokong anda, yang sentiasa menolong dan bertolak ansur dengan anda.. tapi adakah anda tahu, berapa banyak kawan anda yang boleh dikategori kan sebagai sahabat?? 1:2, 1:5, 1:8 or 1:10.. sebenarnya, anda tidak tahu pun siapa sahabat anda, dan anda hanya boleh kategorikan seseorang itu sebagai sahabat bila mana kawan yang sentiasa hang out dengan anda, kawan serumah, kawan belajar, kawan sebilik, kawan sekolah, kawan pejabat, kawan yang sentiasa memberi pertolongan dikala anda kesusahan, tapi... benarkah kalau kawan yang sentiasa memberi pertolongan dikala anda susah dan sangat memerlukan, kawan yang bertolak ansur, kawan yang memahami perasaan dan hati anda, kawan yang sentiasa memberi pandangan +ve kepada anda adalah SAHABAT?? 

Tapi..selalunya sahabat akan sentiasa berusaha untuk menjaga hati dan perasan kita, setiap apa yang dituturkan..sahabat akan sentiasa berjaga-jaga supaya kita tidak akan terguris dan terkilan.. 

Exp:
Q: Eton muka aku cantik tak??
A: ermmm..cantik..aku suka tengok muka kau.
~~Soalan...Adakah apa yang dituturkan oleh si sahabat adalah jujur? atau semata-mata mahu menjaga hati dan perasaan... 
ATAU 
Q: Eton, kenapa ye si leha selalu benci kat aku, aku ni teruk sangat ker?apa yang aku dah buat sampai leha benci kat aku??
A: uikss.. tak ada la..aku tengok kau oke je.. tak ada buruknya.. 
~~Pendapat.. selalunya, sahabat sebolehnya memberi jawapan yang +ve kepada kita, walaupun sebenarnya..kita dibenci oleh si musuh bersebab (mungkin..perbuatan, pertuturan, sikap, cara tingkah laku) yang membuatkan si musuh cuba untuk menjauhi kita.
 
So.. cara yang tepat untuk mengetahui kelemahan dan kekurangan anda.. sila la tanya si musuh anda..(mereka ini akan memberi jawapan yang jujur dan tepat)

HYDA
~JM's wife~

cerita yang mengharu-birukan~~

Salam,





Today aku nak share dengan korang mengenai pengalaman yang sangat mengharu-birukan hidup aku di kala aku sedang bersanding~~mean berlaku pada 26.6.2010~~benda ni aku rasa aku xkan dapat lupakan, dan yang aku percaya sekali benda ni boleh jadi satu bahan untuk famili2 dan sedara2 aku gelak~~balasan kepada orang yang suka gelakkan org lain~~


Kisahnya, pada 26.06.2010 tu aku bangun pagi2 ~~ normal la bagi setiap pengantin yang nak bersanding..walaupun mlm semalam tidur lewat.~ then aku dah mula la merepek2, berharap yang persandingan aku ni sebijik la mcm princess victoria..wakakaaka~~ angan-angan je nok.. then aku mcm biasa menanti kedatangan juru mekap aku (ummi) yang mmg dah jadi juru mekap generasi famili aku..mumumu.aku nak, aku la yang paling kiut dan comel pada hari persandingan itu..

Then aku pun bersiap,step by step..dari mekap basic sampai la ke mata..then sampai mata tu, konon nak nampak mata galak mcm megan fox ~~ so pki la bulu mata palsu, seingat aku la.. time aku nak mekap ni, adik-beradik aku yang lain pun sibuk2 gak nak mekap, siap pinjam stuffs ummi, ummi pun layankan jee..sampikan pinjam stok bulu mata ummi gak..huhuhu..bila time aku nak pki bulu mata tu..xsilap aku la, yang belah kiri pki gam kuat..gam yang sllu juru mekap profesional pki..memang kuat, warna dia pun itam pekat je.. then nak masuk belah kanan, gam tu dah ilang, cari-cari tak jumpa.. frust gak la aku.. nasib baik la ummi ada gam yang lain.. tapi yang ni ummi cakap xberapa kuat mcm yang itam tu.. aku pun layankan je la.. nak buat mcm mane. benda dah hilang, takkan aku nak selongkar satu bilik...ummi pki gam gajah xboleh ker?? huhu??!!


So finally, princess victoria pun dah siap..aku melihat diri ku sendiri di sebalik cermin..wahhhh!!! sangat lawa.. tak seperti diri ku yang sebenar..totally diff la..sangat lain dan lawa~~ pembetulan yee orang lain yang cakap, bukan aku..hahaha


Terus terang, aku sangat berpuas hati dengan service ummi provide... mcm iklan celcom..~~ berbaloi-baloi..huhu..tapi ada sedikit perkara yang aku nak share.. bukan perkara yang mengembirakan or perkara yang aku nak banggakan..tapi perkara yang boleh menjadi bahan gelak mereka2 yang sllu gelakkan aku.. ~~ sampai hati korg..mumumu ( petikan dari nurul akeem a.k.a gf dd). Time aku naik pelamin tu, aku dah mula rasa lain kat mata aku tu, rasa mcm ada benda yang bermain2 di ujung bulu mata aku.. aku kelip-kelip mata...kelip-kelip mata dan kelip-kelip mata.. tiba2 bulu mata bawah.. belah kanan aku terjatuh sedikit..

OMG!!! obviously nampak..then aku dengar gak la, pengapit aku pesan~~abang hyda, ummi pesan jangan kelip-kelip mata~~ dalam nada berbisik-bisik~~..huhu???!! jangan kelip-kelip mata, perbuatan yang aku rasa xboleh kontrol..mmg totally xboleh kontrol.. so.. aku tetap juga kelip-kelip mata, kelip-kelip mata..kelip-kelip mata dan... bulu mata aku tak dapat nak tetap pada satu tempat.. pengapitn berusaha untuk betulkan balek bulu aku tu..then tercabut..betul kan blek..tercabut.. dan seterusnya.. ~~kira ada keje ko gak ek nokk jadi pengapit aku..~~hehehe sampai sedara yang sllu kutuk aku dok menjerit2 kat belakang..oiii hyda awat bulu hang tercabut??!!! kuat plak tu..wakakak..pipi aku dah mula blushing~~wlupun pada zahirnya mmg da touch up dengan blusher..mumumu.. perkara ni mmg aku dah tak boleh nak control, dah termaktup menjadi satu kenangan yang boleh jadi bahan untuk sedara-sedara aku buat lawak.. sampai bila2 aku ingat..


Myb if aku ada anak pun, aku akan cerita kan pada mereka..sambil-sambil tu aku akan bg nasihat~~ "if anak ibu nak sanding, tok sah la yee pki bulu mata, if nak pki jugak better sapu dengan GAM GAJAH!!" wakakakaaka~~




untuk tantapan umum:




HYDA
~JM's wife~

Tittle bertukar...

Salam,

Today jm dah hantar pesanan kat aku, mtk update blog kami..kenapa perlu aku yg update bukan dia? tapi jawapan yang agak mengharukan aku n yang paling best.. " I suka baca apa2 yang u update" dalam erti kata lain.. JM suka baca hasil nukilan aku.. n tambah mengbestkan hati aku.. (merosakan prosa kata bahasa)"U seorang penulis blog yang best" adakah benar?? hanya JM yang dapat jwp..ataupun aku nie hanya la wife dia.. so nak sedapkan hati aku lah tu.. supaya aku jadi bersemangat nak update pu3hatiku.blogspot.com ini. Tapi yang paling benar, aku memang nak update pun tanpa JM mengeluarkan arahan, tapi resource aku nak letak dalam blog ni tak ada kat opis. Sume dalam lappy aku..(lappy plak kat umah) myb esok kot aku try update (ulangan...myb esok aku try update) ni bermakna aku tak menjanjikan apa2. hahhaha (gelak sorg2)
Tapi sebenarnya, ada benda yang aku nak share kat blog kami ni.. mcm biasa aku akn meluahkan pendapat or pengalaman aku yang aku rasa aku nak story mori.. apa yang aku nak share ek?...sebenarnya aku rase sangat seronok apabila aku bertukar tittle cik kepada puan.. mcm biasa la title ni akan bertukar bila perseorangan tersebut diijabkabulkan ( bila kumbang di satu kan dengan si bunga).. rasa agak janggal la.. bila 1 st time org panggil aku Puan..that time, bila aku nak topup pass bulanan (DTS) dengan Syarikat Cyberview Sdn. Bhd..Bila mana, selepas aku transfer duit ke acc cyberview n mtk check pyment aku berjaya or x.. En Latiff (Sales Executive) tanye aku.. Hidayah ini cik or puan? aku terus terkedu.. tiba2 aku terfikir sendiri.. aikk.. aku nak ckp apa ye.. dengan spontan aku sebut Puan Hidayah..then En Latiff pun panggil aku dengan panggilan Puan Hidayah.. seterus..dan seterusnya..That time, automatically aku rasa sangat lain dan janggal..myb sebab 1st time kot. hehehhe.. bile aku off kan calling.. aku senyum2 kambing (sebijik mcm kambing pakcik meon..) hahhaha.. tapi ada setengah orang tak suka di panggil dengan panggilan Puan..kenapa dan mengapa?? tu hanya empunya diri yang ada jawapan..
Tapi apa yang penting?? aku suka dengan panggilan baru aku ni.. myb sebab aku dah mula merasa langkah yang seterusnya aku dah berjaya tuk dicapai.. (ertikata lain..semua orang nak kawen..hahhaha) tapi bila korg ada berada di kaki aku, mesti korang akan rasa mcm mimpi.. reason??sure la aku nak state kan reason2 dia..
1st: rasa macam umur dah semakin lanjut..
2nd: rasa macam dah berada stage yang diatas dari yang sebelum nya..
3rd: rasa macam sekejap je dah dewasa (ye la dulu2 time sekolah..konon nak pasang niat..alangkah indahnya, jikalau umur aku hanya mencapai 18 tahun dan maintain sebagai manusia yang berumur 18 tahun..tapi mcm logik ke impian aku nie) tapi tu hanya impian budak2 hingusan yang konon nak maintain kiut la ~kiut ke aku nie???~ hahhaha.
4th: ada teman sepermainan dan teman di kala susah dan senang..reason.. dulu time kapel,tk nak nyusahkan pasangan anda..walaupun anda mengalami masalah yang merupakan bebanan di bahu.. walaupun pasangan anda bermati-matian mengofferkan diri untuk turut merasa bebanan yang anda tanggung...alasan kenapa statement aku ni.. yela setiap orang mesti ada ego..tidak mahu pasangan anda menganggap anda lemah..atau pun bukan yang independent.. tapi benda ini bergantung kepada masalah yang dihadapi.. tapi bagi aku, selagi aku boleh berusaha sendiri atau mintak tolong famili aku..dan tak nak melibatkan JM aku akan try..alasan.. that time, Aku dan JM hanya la pasangan kapel(wlupun that time dah tunang) tapi ia tidak menjanjikan apa2..kira tak nak la termakan budi bila kami tak ada jodoh.. tapi kini, mungkin kini statement aku sudah bertukar, JM adalah tempat aku bergantung..dikala aku mengalami kesusahan dan kesenangan.. semua perkara yang aku alami dan hadapi aku nak JM berada di sisi.. lumrah orang yang sudah berkawen..
Di atas adalah antara pendapat aku.. tapi ia bergantung kepada setiap individu dan bergantung juga kepada sifat perseorangan itu, ada gak yang hanya mampu bergantung dengan kekasih..myb kerana dia hanya memerlukan kekasih dia di kala dia memerlukan pertolongan atau myb dia dah tak ada option lain.. atau.... myb dia dah buntu dan tak mampu untuk berfikir..lumrah natijah wanita..hanya membuat keputusan mengikut emosional dan bukan rasional
Tapi aku hope, setiap masalah dan rintangan yang berlaku dan akan berlaku, aku mampu untuk menghadapinya.. normal bagi kaum hawa pada zaman sekarang, mostly banyak yang boleh bergantung dengan life mereka sendiri..dan aku rasa tidak melampau kalau aku katakan bahawa zaman sekarang kaum adam banyak bergantung harap dengan kaum hawa..bukti?? aku banyak dapat sumber bacaan di dalam segmen surat khabar Di Celah-Celah kehidupan ..kebanyakan lelaki irresponsible dengan apa yang mereka janjikan sebelum mereka berkawen..myb wanita zaman sekarang berpendidikan tinggi dan banyak pendedahan mengenai alam rumah tangga..tapi jangan kita lupa, wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki. jadi apa2 pun hawa tetap memerlukan adam.. bunga tetap memerlukan kumbang.. kepada Wanita-wanita jadikan pengalaman sebagai tauladan.. insyahallah setiap apa yang berlaku, anda mampu menghadapinya...aminnn~~

HYDA
~JM's wife~