Jerat Pengantin Baru

Salam,


Disebabkan aku akan mendirikan rumahtangga tidak sampai 2 bulan, aku makin ligat mencari input-input yang sesuai untuk aku ambil sebagai tips untuk Aku dan JM. Semua manusia sebolehnya nak yang terbaik untuk institusi perkahwinan mereka..termasuk la aku..berangan yang segalannya adalah sempurna, tapi kita hanya manusia biasa..yang tidak punyai kuasa Veto dalam membuat takdir..kita hanya mampu merancang..setiap rancangan yang kita buat..of cos totally perfect..tak ada yang tidak perfect..nak hidup dalam keadaan yang serba serbi sempurna..tapi tahukah anda(saya) setiap apa yang kita rancang dan bertawakal kepada-NYa Insyaallah akan menjadi realiti..tapi dengan satu syarat, sekiranya kita meancang, berusaha dan bertawakal.

Kita mohon dari yang Atas (Allah) moga-moga apa yang kita rancang akan menjadi realiti.. Insyallah.. Allah pencipta kita, yang sentiasa menolong hambanya, yang sentiasa memberi kesenangan kepada umatnya.. tapi kita sebagai umatnya hanya akan mengingati(melakukan suruhannya) hanya apabila kita dalam kesusahan.. Tapi benda ini yang berlaku pada tika ini.. Manusia hanya akan mengingati Allah apabila mereka (saya) memerlukan pertolongan dan meringan kesulitan yang dihadapai.. Mungkin ini saja cara kita akan mengingati Yang Maha Esa..Aku da mula bebel.. sekarang aku rajin belek-belek e-book yang bnayak bagi input untuk kau hadapi alam rumahtangga..dan aku berharap..perjalanan hidup Aku dan JM mudah dan lancar..Aminn~~ dan aku sangat tertarik dengan satu blog yang menceritakan masalah-masalah rumah tangga yang baru mendirikan Masjid. Aku rasa iput ini sesuai untuk aku berkongsi dengan sahabat-sahabat aku. yang aku rasa patut meluahkan sedikit masa (hanya 2 minit) untuk meneliti dan memahami segala intipati tersebut.. Disini aku sertakan kandungan blog tersebut ~~

JERAT PENGANTIN BARU ...rumah tangga
Kenapa suami isteri bercerai dalam masa lima tahun??

PASANGAN yang baru melangkah ke alam rumah tangga bagai menempuh keadaan yang rapuh. Banyak penyesuaian perlu dilakukan antara suami dengan isteri, terutama dari segi gaya hidup, soal kewangan dan pergaulan dengan mentua. Mereka yang tidak bijak menyesuaikan diri akhirnya menuntut cerai sebelum menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelima.  Ini merupakan kes benar yang sering dihadapkan kepada para kaunselor. Menurut Statistik Perkahwinan dan Perceraian 2007, satu pertiga perceraian dalam masyarakat Islam melibatkan pasangan yang rumah tangga mereka berusia kurang daripada lima tahun.
Encik Amran Jamil, seorang pekerja sosial kanan dalam hab persiapan dan peningkatan rumah tangga di Inspirasi PPIS (Persatuan Pemudi Islam Singapura), berkata: 'Kebanyakan pasangan mengelakkan diri daripada menangani masalah. 'Mereka berharap masalah itu akan lenyap dengan sendirinya tetapi itu bukan satu harapan yang realistik. 'Masalah-masalah kecil yang tidak dihuraikan akan bertimbun dan menjadi masalah yang besar.'
Berikut adalah tiga jerat yang mudah memerangkap pasangan baru.

JERAT #1: TERLALU SIBUK
Kebanyakan suami ataupun isteri meneruskan gaya hidup yang dinikmati ketika masih bujang. Mereka masih kerap bersembang bersama teman atau bekerja hingga larut malam, lalu meninggalkan pasangan tercongok di rumah. Lantaran itu, perbicaraan antara suami dengan isteri tertangguh pada lain hari atau dilupakan sahaja. 'Pasangan yang menunggu di rumah kecewa tidak dapat meluahkan isi hatinya. Justeru, perhubungan mereka menjadi renggang,' kata Encik Amran. Walau sibuk bagaimana sekalipun, suami isteri harus meluangkan masa untuk satu sama lain dan mengukuhkan perhubungan mereka.

JERAT #2: TIDAK CUKUP DUIT
Kebanyakan pasangan tahu cara hidup berdasarkan kemampuan masing-masing, namun mereka tetap menghadapi masalah kewangan. Cik Habibah Mohd Saleh, seorang kaunselor dalam hab persiapan dan peningkatan rumah tangga di Inspirasi AMP (Angkatan Karyawan Islam), menjelaskan:'Mereka sebenarnya tidak tahu cara membajet, maksudnya cara memastikan berapa banyak wang boleh digunakan bagi setiap keperluan.'Kebanyakannya hidup bak kais pagi, makan pagi, dan tidak mampu menabung kerana bergantung kepada satu pendapatan sahaja. Biasanya, si suami mencari nafkah sementara isteri menjalankan peranan sebagai suri rumah.Cik Habibah menyarankan: 'Timbangkan untuk membolehkan isteri keluar bekerja agar menambah pendapatan dan memantapkan ekonomi keluarga.'

JERAT #3: CAMPUR TANGAN ORANG 'KETIGA'
Golongan yang dimaksudkan ialah mentua atau rakan rapat.Apabila perselisihan faham berlaku antara suami dengan isteri, kebanyakan mentua lebih memihak kepada anak sendiri sebab naluri mendorong mereka agar melindungi si anak.Tindakan begitu lazim mewujudkan persengketaan antara menantu dengan mentua. Encik Amran menekankan: 'Ibu bapa mentua mesti ingat bahawa mereka wajar mengutamakan kedamaian rumah tangga, bukan sekadar memihak kepada anak mereka.'Selain mentua, seorang rakan juga boleh merumitkan masalah rumah tangga apabila beliau menghasut fikiran suami atau isteri secara sengaja atau tidak sengaja.Ada suami atau isteri jatuh hati dengan rakan yang menjadi tempat mereka mengadu masalah masing-masing.Jika pasangan tidak berupaya untuk sama-sama menghuraikan masalah pada tahap awal perkahwinan, mereka tidak harus segan mendapatkan bantuan profesional.Kalau dibiarkan sahaja, perkahwinan mereka tidak mungkin boleh diselamatkan dan kekal hingga ke akhir hayat.Menurut para kaunselor, ramai pasangan yang menjalani kaunseling praperceraian sudah pun mengambil keputusan untuk berpisah.

Sumber: Eri Akbar

~HYDA~
JM's Fiancee

0 Luahan (Sila klik di sini untuk menambah ulasan):

Apa di fikiran anda...?