Perjanjian antara AKU dan JM

Firstly..Salam,
Perjanjian antara Aku dan JM
, mcm gerun je aku dengar. mcm tak logik je.. tapi tu la perjanjian yang aku dan jm deal pada 10hb lepas. Aku tak tahu la aku berjaya tak ikut perjanjian ini atau aku main langgar je, yang pasti perjanjian ini aku yang buat. If aku yang langgar, adeyhh agak malu diri sendiri la. So, aku kena kuat dan jgn mengalah dengan nafsu dan perasaan aku.
Isi kandungan Perjanjian antara AKU dan JM
:
Pertama#: Dari start akhir bulan lepas sampai tarikh nikah aku, AKU dan JM dihalang atau tidak dibenarkan untuk berjumpa atau erti kata lain dilarang berdating ~Bertenet~ heheh..mampukah aku untuk mengikut perjanjian yang agak beban untuk kami. (padahal perjanjian ini aku yang buat) Ya Allah, Kuatkan la semangat aku ni Ya Allah..
Kedua#: Kami hanya boleh bertenet melalui phone je la. Disebabkan kami tak boleh berjumpa, jadi kami hanya boleh berborak-borak melalui phone sahaja.. Logik ke??!! mcm tak logik je~~ boleh ke hilang rindu yang semakin menebal je ni?? Bodohnya perjanjian ini..
BTW, niat aku nak buat perjanjian ni.. Kenapa perlu aku buat perjanjian ini??:
Pertama#: Nak "cut cost" jimatkan perbelanjaan memandangkan kami kena saving untuk perbelanjaan kerja kahwin kami.
Kedua#: Nak rasai perasaan rindu, kasih sayang dan cinta yang membuak-buak bila jumpa time nikah nanti.. ~ macam best je~ sure la aku peluk dia kuat-kuat ~big huge~ sure comey!! aku suke..
Ketiga#: Dengar pesanan orang tua, Jangan kerap berjumpa (berdating) bila dah tunang ni.. tak manis dipandang orang lain.. tu orang tua pesan la kat kami, apa yang tak manis, kami tak dapat nak tafsirkan.. tapi dari segi fahaman aku, mungkin nak elakkan benda yang tidak di ingini berlaku..Maklumlah, dah tunang ni, orang yang berumur mcm kita ni, fikir ia satu ikatan yang lain sket la dari yang kapel. Tapi dari segi fahaman orang tua, Ia tetap bukan satu perjanjian yang mana ia menyatakan bahawa pasangan tersebut boleh melakukan apa-apa benda yang boleh mendatang kesulitan kemudian hari. Kira mcm if dah tunang...~aku mmg nak kat kau la..~ so apa-apa yang berlaku aku tetap akan kahwin dengan kau.. lebih kurang mcm ni la fahaman orang muda. tapi if di fikirkan semula, Jodoh dan Pisah semua di tangan Allah. Even kita bercinta bagai nak rak..mcm dunia ini kita yang punya tidak menentukan bahawa lelaki/perempuan tersebut akan menjadi hak abadi masing-masing..macam-macam perkara yang boleh membuatkan kita tidak dapat menjadi satu hati dan jiwa (pasangan sah `dari segi Islam`).. mungkin dengan cara ajal dan maut..
Aku harap la, apa yang aku nyatakan di atas boleh di terima pakai dengan rasional oleh setiap orang yang membaca.. ntah la, semua tu hak individu. terus terang aku rase mcm this week aku nak je jumpa dan dating dengan MAMAT BOTAK~~ uuuwwaaaahhh..uwwaaahhh Kangen bangat sama loe!!!
~HYDA~
JM's fiancee

1 Luahan (Sila klik di sini untuk menambah ulasan):

Apa di fikiran anda...?