Benarkah hari itu hari bahagia??

Salam,

Sebagai isteri yang ingin menjadi solehah, mendengar kata-kata si suami, aku pun update blog kami ini ~sayang, sayang bila nak update blog??..JM minta aku update blog sempena hari berbuka puasa yang lepas~ So...

Hari yang aku nantikan sudah tiba, aku berbuka dengan tersayang, rasa macam berbaloi je aku duduk dalam bus 3 jam, tanpa henti.. bulan yang mulia ni, bus dari kl - jb non stop. bagus betul mayb disebabkan bulan puasa, so.. bus tak berhenti setengah jam mcm kebiasaanya.. aku pun tak bajet mcm tu, aku beli tiket awal kul 0130 then sampai sri putri kul 0415..aduii terpaksa la aku jadi mak guard sementara kat bus stop sri putri. tu pun nasib baik la JM minta balek awal..~terpaksa la untuk yang tersayang, kan sayang??..~ 

we'll decide buka puasa kat Restoran Rawa ~tu pun aku dah lama ajak JM, dari tahun lepas tapi tak pernah nak jadi..alasan?? ..makan kat Rawa tak best la sayang, if mkn berdua je..kena makan beramai-ramai baru happening~..adakah reason JM tersebut relevan?? tepuk dada, tanya la JM..hehehe..so far, aku pun tak ada la kisah sangat, cos aku tahu one day sure aku akan dapat merasa gak makan kat Rawa.. sebab dah tentu JM bermaustatin di JB..

aku tak sabar nak makan kat Rawa..dari tahap level pendengaran aku, JM bg 4/5 bintang  untuk restoran ini, sebab dari segi kepelbagaian jenis makanan yang tahap melampau~jiwa agak tertekan la tengok pelbagai makanan yang disediakan, adakah aku mampu untuk merasa kesemua jenis makanan itu??..oohhh tidak..~ tapi yang penting aku dapat berbuka dengan yang tersayang. Mission aku berjaya..hehhe.. so, persoalan dari entry yang lepas telah terjawap..alhamdullilah so lepas ni aku dah tak boleh nak mengungkit la..lumrah wanita, bila sesuatu yang di minta tidak dapat ditunai kan oleh si suami atau si kekasih, sifat ungkit-mengungkit akan menjadi kebiasaan..kekadang boleh jadi rimas..heheh.. mission mesti berjaya untuk di capai..

Sebelum hampir waktu berbuka..

JM amek pelbagai jenis makanan untuk kami melahap..hahaha amek je la apa-apa benda yang JM dan Aku nak makan..~tips: sila amek makanan yang tidak ada dalam ice box rumah anda atau makanan yang agak pelik-pelik..itu kata JM la..berbaloi-baloi~

Hasilnya:

 
Aku dan JM panggil binatang ini "Udang Lipan" tapi tak tahu la betul or tak, pada pandangan aku badan dia je mcm lipan tapi dari segi muka dia nak kata mcm lipan tak ada la plak.. aku baru je google nama udang ini, dan jawapan udang lipan adalah salah semata-mata..dan jawapan yang tepat bagi nama udang ini adalah ~sila klik~ sebaik la, if aku war-warkan sedunia, agak malu la dengan kesilapan bodoh sombong aku ini..credit to wikipedia..





Haa..ni makanan yang aku rasa JM suka kot..sebab? dia yang amek hasil ni, sate, daging dan udang biasa..tak pun hanya cuma nak memenuhi meja bulat yang agak besar..baru meriah..kesemua hasil tersebut, JM buat bbq ..kenapa tidak rebus buat steamboat?? mungkin tidak bagi JM. JM suka BBQ!! hehehe








Yang ini satu haram pun JM dan Aku tak dapat makan..sebab si nuar yang habiskan..huhuh..agak sedih..tapi boleh je topup lagi tapi tak larat nak tambah sebab time tu dah full tank. Nama hasil laut tersebut, sila la anda google sendiri, aku malas nak google..





Yang ini plak, aku rasa jawapan yang pasti aku betul.. fillet of fish chicken.. dari segi bentuk?? macam-macam bentuk aku jumpa. ada yang rupa bentuk macam mee ~panjang dia tak ingat dunia~ then yang satu lagi tu, fillet dalam bentuk keping-keping.. so far, rasa ayam tersebut bila buat steamboat tak ada la best sangat pun. rasa mcm bukan ayam la ~ padahal memang dah nama ayam~





Bahagian kepak..dan harm burger yang telah dipotong-potong. JM decide nak bakar makanan ini ~ siap fikir lagi nak buat steam or bbq??~ apa-apa pun, final result, sedap gak la bila kesemua makanan tersebut di bakar. Ayam tersebut diperam dengan kunyit dan kari..bila bakar tu so rasa dia sure la macam kari..

makanan di belakang~ adalah makanan yang normal untuk buat steamboat, dan sudah menjadi kebiasaan berada di dalam ice box rumah..so tak ada la pelik sangat makanan tersebut.



Makanan ini tak ada yang pelik..meat ball, fish ball dan etc. we' ll buat steamboat..sebab tidak ada ruang untuk dibakar. rasa.. mcm kebiasaan la..tak ada yang tak sedap..nama pun dah makanan.

Sebenarnya, apa yang telah aku bebelkan dan paparkan bukan la untuk dikongsi bersama anda, tapi sebenarnya ada satu kenangan mengelikan dan menjijikan yang JM terpaksa harungi..~ kesian kat sayang, maafkan adinda..wahai kekanda..~ selepas aku habis berbuka puasa, Aku dan JM decide nak balik rumah terus, tak nak singgah dating mana-mana..perot dah betul-betul tahap penuh 100% , nak buat apa-apa aktiviti yang lain pun dah tak larat.. so, sampai je rumah, rehat-mandi-tidur.. suddenly, ~sayang, i rasa macam nak termuntah la..tak sedap badan~..pantas aku berlari menuju ke bilik air..dan uweeekkk..uweekk..JM siap urut-urut belakang badan lagi..adakah JM selesa dengan keadaan itu??~ hahaha..kesian kat sayang~ so apa yang aku dapat rasa hanyalah sementara, kesemua makanan tersebut tidak dapat dihadam sepenuhnya.. agak rugi rm17.50..tak apalah, dah nasib kan sayang..yang indah hanyalah bersifat sementara..

nota kaki: ikut sunnah Nabi S.A.W..makan lah sepuas-puasnya, tetapi jangan makan sehingga kenyang.. makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan..heheh. ~End~


untuk tantapan umum:






HYDA
~JM's wife~




















2 Luahan (Sila klik di sini untuk menambah ulasan):

✿ H y D a . J M ✿ berkata...

Nyum3x.... Sedap3x... Bru tau tue udang ape... Hahaha..

~jm~

noulha berkata...

besarnye mangkuk stimbot tu! wah wah!
tp udang ketak tu mcm kurang menggiurkan..
sebelum dipanggang. selepas itu.. jeng jeng.. mcm sedap kot? ye ke?
ke sama sedap mcm udang lipan versi sini? (mantis prawn)

Apa di fikiran anda...?