Tema sambutan hari wanita tahun ini adalah 1Azam - Wanita 1Malaysia yang membawa pengertian bahawa wanita Malaysia mendokong hasrat Kerajaan dalam merealisasikan Program Trasformasi Kerajaan, Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Model Baru Ekonimo. Wanita 1Malaysia mempunyai 1azam demi mencapai wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju. Usaha ini haruslah berlandaskan Dasar Wanita Negara yang membolehkan wanita diperkasa, haknya dijaga dan maruahnya dibela.
Bagi memastikan peranan golongan wanita terus relevan, saya meyeru supaya wanita memerdekakan minda mereka dan meneruskan usaha menganjak kemampuan diri agar menjadi golongan yang lebih berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif. Wanita Malaysia tanpa mengira latar belakang sememangnya mampu melakar kecemerlangan dalam merebut peluang dan menimba manfaat serta menyumbang kepada pembangunan negara. Marilah kita bersama-sama meraikan dan memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada Wanita 1Malaysia
Selamat Hari Wanita
1Azam-Wanita 1Malaysia
Petikan dari kata-kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat : Senator Dato Sri' Shahrizat Abdul Jalil.
(Utusan Malaysia:Rabu, 25 Ogos 2010, m/s 7)
2 Luahan (Sila klik di sini untuk menambah ulasan):
Ni JM yang paste ke? Akekeke
Uihh.... Bukan aku laaa...
~jm~
Apa di fikiran anda...?