Blogger yang tak ada idea

Salam,

Tetiba je aku dirasuk seseorang untuk update blog ini.. siapakah manusia itu?? siapakah?? ni la dia Akeem a.k.a Lulu tak pun girlfriend kepada dd. Aku dah tahap malas nak update blog ni..tapi seb baik ada seseorang yang beri kata semangat kepada aku..myb sbb beliau suka baca blog aku..adakah?? ntah la..ke dia nak jadikan blog aku ni sebagai bahan kutukan..hahahah..tapi ada sesetengah manusia yang aku rasa tiada akal fikiran mengunakan blog sebagai salah satu tempat untuk melepaskan nafsu amarah yang tidak dapat beliau elakkan, niat di hati nak memprovok mangsa a.k.a orang yang dia cukup benci itu. Tapi bagi aku ..~salah tempat la, babe or bro~.. kadang-kadang orang akan menilai kita melalui apa yang kita upload dalam Blog or FB.. padahal, orang itu hanya menge'post' entry yang beliau rasa sangat sesuai untuk di'post'kan..tapi si pembaca macam terasa plak yang entry itu ada kena mengena dengan beliau..~ erkkhh betul ke ek grammar aku ni??~

Kadang-kadang ayat di blog melambangkan perilaku seseorang..kadang-kadang memberi satu simbol yang aku pasti dapat disimpulkan oleh sang pembaca blog tersebut. So, bila nak update blog tu, aku rasa biarlah menggunakan tajuk, title or idea yang aku rase sangat bernas..atau memberi pengetahuan kepada sang pembaca. contohnya..aku suka pada blog ini dan entry beliau yang aku rasa cukup memberi maklumat kepada sang pembaca yang tak ada pengetahuan yang cukup berkaitan dengan  maklumat seperti ini.

Kadang-kadang ada blogger yang upload entry macam rubbish a.k.a yang useless, mmg pada zahirnya ~" Ini blog or page aku..so suka hati aku la nak upload apa-apa pun"~ tapi tidak pernah kah anda terfikir, kadang-kadang apa yang kita upload tu akan memberi gambaran tentang cara kita, tingkah laku kita walhal, kehidupan kita.

Kadang-kadang ada sesetengah blogger memaki hamun seseorang melalui blog dengan mengeluarkan kata-kata yang sangat memalukan diri sendiri.. myb bagi aku cara tersebut adalah cara yang termudah blogger tersebut untuk menunjukkan perasan nafsu amarah kepada seseorang.. tapi bagi aku sama seperti seorang yang pengecut atau hilang pedoman. Aku tak memberi maksud upload entry menyatakan ketidakpuas hati itu salah atau haram..tapi biarlah dengan cara dan ayat yang sangat mendalam atau erti kata lain ayat yang sedap tapi menyakiti hati seseorang itu atau erti kata lain memberi kesan secara halus. Tak pun membuat entry yang memberi tauladan kepada sang pembaca bahawa di Malaysia ini ada juga manusia sejenis yang mcm ini. ~hahahahahaha..~

So...jangan salahkan orang lain sekiranya orang lain memandang anda sebagai seorang yang tidak bertamadun dengan memaki hamun orang di dalam blog..

p.s: entry kali ini tak ada kaitan dengan sesiapa..tiba-tiba je otak dan jari tangan aku jalan seiring..sampai la ke noktah yang terakhir untuk post ini..so kepada sesiapa yang terasa maafkan hamba..hamba tidak terniat untuk melukakan hati tuan hamba.

HYDA
~JM's wife~

3 Luahan (Sila klik di sini untuk menambah ulasan):

noulha berkata...

yah!! serta merta saya membacanya! hehehehe

fazdi berkata...

amat setuju dengan hujah puan penulis!

Fairuz berkata...

Takde beza dengan orang yang suke merungut kat dalam Facebook. Ops..

IMHO la, kadang - kadang, bagus jugak diorang buat camtu. Sebagai satu tempat nak melepaskan nafsu amarahnya. Kalau hangin dengan bos, baik maki hamun dalam blog, dari nak kene lempang oleh boss. Hehe

Apa di fikiran anda...?